Pengumuman & Berita
 
  Pengumuman & Berita > Penyerahan Cek Khairat Kematian Anggota Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad
 


Dari kiri: Zolkipli dan Sajali menyerahkan cek kepada Sarbanum. Turut sama Angela (sebelah kanan)

Penyerahan Cek Khairat Kematian Anggota Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad

Pada 2 Ogos, 2016, Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad melalui Pengerusi, Encik Sajali @ Ismail bin Ojek telah menyampaikan sumbangan cek khairat kematian kepada waris Allahyarham Jaffaruddin bin Puji.  Sumbangan berjumlah RM2,000.00 itu telah diterima oleh isteri Allahyarham iaitu Puan Sarbanun binti Lihi di kediaman mereka.  Selain dari itu, Puan Sarbanun juga merupakan seorang anggota telah menerima sumbangan cek khairat kematian bagi keluarga terdekat yang meninggal dunia sebanyak RM300.00. 
           
            Melalui Tabung Bantuan Kebajikan dan Kemasyarakatan anggota KOPERKASA ini yang telah berkuatkuasa dalam tahun 2000, Koperasi boleh memberi bantuan atau sumbangan untuk membantu anggota-anggotanya.  Turut hadir juga adalah dua orang Anggota Lembaga iaitu Encik Zolkipli bin Mohd. Nusi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kebajikan dan Kemasyarakatan dan Encik Mohamad Mortadza bin Matrang.